Watak dan perwatakan Cik Puan Sinderella

Puteri Afiana Natasya binti Yusof (Fifi)

Anak sulung Tuan Yusuf dan Puan Salina. Setelah kehilangan ayahnya, ibunya menjadi terlalu jahat baginya. Dia dilarang bertemu kawan-kawannya, bersekolah dan juga berkeluar dari rumah. Tatkala mendapat sehelai kertas iklan hip-hop, dia sulit keluar dari rumah dan bertemu Bone. Dengan jodoh baharunya(Bone), dia mampu berasa kebebasan. Tetapi, hubungan antara dua-dua insan itu terbongkar, dan ibunya membuat keputusan Fifi terpaksa berkahwin dengan pilihannya sendiri. Akankah Fifi dan Bone bertemu lagi?

Anuar (Bone)

Budak penari dan ketua aktiviti hip-hop. Dia mengajar penarian kepada sahabat-sahabatnya. Ditemukan Fifi dan mendapat jodoh. Tetapi, setelah hubungan masing-masing terbongkar, Fifi tidak mampu berkahwin bersama dia.

Nama sebenarnya Anuar, tetapi menggunakan alias "Bone" untuk aktivitinya.

Datin Salina (Puan Salina)

Seorang puan jahat dan diktator. Setelah kehilangan suaminya, dia bertukar sikapnya menjadi seorang penjahat. Dia memenjarakan Fifi dalam rumahnya. Pertemanan, persekolahan, percintaan dan pengeluaran Fifi tidak dibenarkannya. Diakui semua dasarnya "untuk keselamatan Fifi", tetapi sungguh menyeksakannya. Alangkah sedihnya Fifi?

Sering kali pergi ke salon bersama dengan 2 sahabatnya berketurunan Cina & India.

Moom & Breen

Pembantu di rumah Fifi. Merekalah hanya dua kawan sahaja bagi Fifi, tetapi tidak diminatinya. Begitu menjengkelkan dan mengacaukannya.

Cikgu Muna

Guru tuisyen Fifi. Kerana membantu Fifi untuk keluar dari rumah, dipecat dari tuisyennya.